Adakah sistem ini boleh membuat permohonan permit masuki hutan sahaja?
Tidak. Sistem boleh juga membuat permohonan perkhidmatan lain selain permit memasuki hutan.
Bolehkah sistem ini menyemak status dan sejarah permohonan pembayaran?
Boleh. Maklumat sistem eforestpay dan permohonan pembayaran disimpan di dalam sistem ini dan boleh diakses oleh pengguna yang berdaftar dengan sistem ini.
Adakah penggunaboleh membayar secara tunai?
Tidak. Sistem ini menggunakan pembayaran secara atas talian (online) sahaja.
Adakah pengguna perlu mengambil tandatangan di Pejabat Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang?
Tidak perlu. Sistem ini akan menjana satu dokumen rekod pembayaran untuk pengguna buktikan pembayaran.
Adakah sistem ini boleh mencetak resit pembayaran?
Boleh. Pengguna boleh mencetak resit pembayaran setelah selesai proses pembayaran.
Adakah sistem ini menjaga maklumat pengguna?
Ya. Setiap pengguna hanya dapat mengakses maklumat pengguna yang mendaftarkan ke dalam sistem sahaja.
Saya terlupa kata laluan. Apa perlu saya lakukan?
Sila hubungi penyelaras sistem di Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang di talian 04-2625272 untuk set semula kata laluan dan sebarang masalah berkaitan sistem ini.
Bagaimanakah pengguna boleh mendaftar sistem ini?
Pengguna boleh mendaftar sistem ini untuk tujuan perkhidmatan yang disediakan di dalam sistem.
Adalah individu perlu membuat permohonan untuk secara berkumpulan?
Tidak perlu,hanya wakil kumpulan sahaja yang perlu membuat pemohonan secara berkumpulan.
Saya tidak tahu menggunakan pembayaran secara atas talian?
Pengguna boleh melakukan pembayaran secara manual di Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang dengan menggunakan mesin terminal pembayaran kad debit/kredit. Tiada bayaran secara tunai diterima di jabatan ini.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini menggalakkan kaedah pembayaran secara tanpa tunai (cashless/online payment) di semua premis kerajaan
Jika ingin bertanya berkenaan sistem ini boleh hubungi siapa?
- Hubungi Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang di talian 04-2625272 pada waktu bekerja.
- Emel kepada emel rasmi jhnpp@forestry.gov.my.